FAQ  •  Search  •  Memberlist  •  Usergroups   •  Register  •  Profile  •  Log in to check your private messages  •  Log in
 7 MALAM UGIK UNTUK GAZA 2009 View next topic
View previous topic
Post new topicReply to topic
Author Message
Lamporre
Puang


Joined: 26 Mar 2008
Posts: 88
Location: Kuala Lumpur

PostPosted: Mon Mar 30, 2009 4:03 am Reply with quoteBack to top

Cappok sekalian, ni dipanjangkan kot-kot engka yang dek namareppa sibawa madising-dising moa (madising watakkale dan kantong) bolehlah join. PitumPenninna Ugik-e Lokko Gaza 2009 (ada siapa yang boleh terjemah tema ini dengan lebih baik dan menepati maksud?)

Jumaat, 27 Mac 2009 HARIAN METRO

Alunan irama Bugis di Malaysia
Oleh Adam Salleh
adam@hmetro. com.my

PENYANYI keturunan Batak mencipta nama di persada seni Nusantara acap kali kita dengar, umpamanya Bob Tutupoly dan Broery Marantika sejak era 70-an lagi, namun agak asing pada penyanyi Bugis.
Di tanah air kita, sukar menidakkan ramai masyarakat Bugis bermastautin di Johor dan Selangor bahkan ada yang mencipta nama sebagai selebriti, ahli politik selain menjadi profesional.

Justeru, usaha sedang dibuat oleh Ugik Technologies dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Ekonomi Bugis Malaysia untuk membawa penyanyi terkenal Bugis, Tenri Ukek ke Malaysia awal Mei ini.

Penyelaras program, Lokman Junit berkata Tenri Ukek yang hits dengan lagu Malo Temma Dara, Toto Manrasa Rasa, Tonangi Lopi Sebbo dan Maddenge Namaruttung, begitu popular di Sulawesi Selatan.

Menurutnya, kunjungan Tenri Ukek ke sini adalah sempena majlis makan malam yang diberi nama 7 Malam Bugis Untuk Gaza pada 12 hingg 18 Mei ini di Pekan Francais, Pulai Perdana, Pontian, Johor.

"Untuk langkah pertama, kita membawa Tenri Ukek menghiburkan masyarakat Bugis di Johor dulu. Saya difahamkan di Johor saja ada 30,000 orang Bugis dan saya yakin lebih 10,000 orang Bugis di Johor dan negeri lain akan hadir bagi memeriahkan majlis makam malam itu nanti," katanya.

Kehadiran Tenri Ukek, kata Lokman sebagai penentu untuk dia mempopularkan penyanyi Bugis di sini.

"Nak diikutkan di Sulawesi ada ramai penyanyi Bugis, tetapi kami memilih Tenri Ukek kerana dia salah seorang penyanyi pop wanita Bugis popular dan albumnya terjual lebih 300,000 unit," katanya.

Menyorot sejarah, suku Bugis adalah suku ketiga terbesar di Indonesia selepas suku Jawa dan Sunda. Berasal dari Sulawesi Selatan dan menyebar pula di Sulawesi Tenggara, Sulawesi Tengah, Papua, Irian Jaya Barat, Kalimantan Timur, Kalimantan Selatan, Riau dan Riau Kepulauan dengan tokoh pahlawannya, Raja Haji putera Daeng Celak bahkan sampai ke Malaysia dan Brunei Darussalam.

Lokman yang juga bekas(mantan) eksekutif promosi syarikat rakaman Warnada berkata, di samping nyanyian, pelbagai acara persembahan kebudayaan Bugis diadakan seperti tarian, silat dari kumpulan kesenian Johor, Singapura dan Sulawesi Selatan. Majlis 7 Malam Bugis Untuk Gaza itu cuba dicatat di Malaysia Book Of Record sebagai makan malam paling panjang selama tujuh hari.
Setiap jemputan dikenakan bayaran RM100 seorang untuk menikmati jamuan makanan tradisi Bugis seperti Burasak dan Lepat Loi. Mereka berminat bole menghubungi Lokman di talian, 6016-7975810 atau pejabat di talian 6007-5217397. Sebahagian kutipan akan disalurkan ke Tabung Gaza.

_________________
SALAMAK-MAN-NEN-NU-NGENG
View user's profileSend private messageSend e-mailVisit poster's website
Display posts from previous:      
Post new topicReply to topic


 Jump to:   



View next topic
View previous topic
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
Powered by MakeForum.org - Free Forum Hosting
Sign Up now to get your Free Forum!


Powered by phpBB © 2001, 2002 phpBB Group
Thème original créé par ForumImages.
Thème myphpBB créé par myTemplate